Friday, May 1, 2009

CALLBOOK 2009 TERBITAN KRAMAT

SELAMAT DATANG KE BLOG MYRADIOHAM.......

Sebagai Mukadimah, kita telahpun mendaftarkan sebuah Koperasi yang diberi nama KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD atau ringkasnya KRAMAT. Satu-satunya koperasi yang diwujudkan khas untuk Rakan Amatur dan rakyat Malaysia amnya. Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli? Segala maklumat boleh didapati di http://www.k-ramat.blogspot.com/


Langkah pertama yang diambil oleh KRAMAT ialah menerbitkan sebuah CALLBOOK sebagai rujukan rakan-rakan. Ini adalah salah satu usaha untuk membina satu rangkaian yang lebih baik memandangkan Rakan Amatur di Malaysia ini terdiri daripada pelbagai profession dan latar belakang yang berlainan. Untuk itu kita mengambil langkah positif untuk membentuk satu rangkaian yang kukuh di kalangan Rakan Amatur di Malaysia.

Kepada Rakan yang dihormati boleh mengemaskini maklumat di http://www.9w2jsj.blogspot.com/. Maklumat yang diperlukan Callsign, Nama, Alamat, Email, No HP yang boleh dihubungi. Tarikh akhir kemaskini adalah pada 30hb Jun 2009.

Kepada rakan baru yang mendapat 9w dan 9m bolahlah kemaskini maklumat. Senarai yang ada di Meja Editor Kramat adalah senarai yang berdaftar sehingga Ogos 2008.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di talian 012 297 2307 untuk keterangan lanjut.

Terima kasih di atas kerjasama anda. Jumpa dan jumpa lagi. 73

No comments:

Post a Comment