Wednesday, July 1, 2009

Majalah Radio Amatur di Malaysia

Assalamualaikum...

'Practical Wireless', 'CQ' & 'QST' adalah antara beberapa majalah Radio Amatur dari luar negara yang biasa terjual di kedai2 buku kita. Kandungannya merangkumi berbagai2 topik berkenaan Radio Amatur, dari jualan peralatan sehinggalah topik 'homebrew' yang semakin mendapat tempat di kalangan rakan2 Radio Amatur.

Persoalannya, di manakah majalah Radio Amatur keluaran kita sendiri? Negara kita juga mempunyai jumlah 'ham' yang boleh dikatakan ramai, termasuklah dari kalangan ahli kelab Radio Amatur komersial. Saya pasti sekiranya kita mempunyai majalah Radio Amatur kita sendiri, beberapa perkara berikut akan lebih mudah berlaku:
a. lebih ramai yang akan berminat dengan hobi ini
b. orang ramai akan lebih memahami hobi yang unik ini
c. rakan2 ham sendiri akan mengetahui perkembangan Radio Amatur di negara kita
d. jualan peralatan Radio Amatur akan mendapat lebih sambutan
e. rakan2 ham akan dapat belajar banyak perkara melalui artikel2 'homebrew' atau 'review' yang boleh dimuatkan dalam majalah tersebut
f. dan banyak lagi faedah yang boleh kita semua dapati dengan adanya majalah Radio Amatur kita sendiri.

Sebagai permulaan, wakil dari kelab2 Radio Amatur bolehlah mengadakan perbincangan mengenai majalah ini. Dalam hal ini, saya pasti KRAMAT sebagai koperasi yang mengumpulkan semua rakan ham tanpa mengira kelab dan persatuan boleh mengorak langkah pertama dalam usaha menghasilkan majalah hobi yang kita sayangi ini.

Saya pasti, rakan2 lain juga akan menyokong cadangan & usaha ke arah menghasilkan majalah Radio Amatur kita sendiri ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen terhadap cadangan ini.

-73 de 9w2azx-

3 comments:

  1. Amat bagus cadangan anda Saudara Aziran, saya menyokong jika ada ramai 'Ham' berfikiran seperti anda...Sekurang kurangnya dapat lah membantu & memberi tunjuk ajar orang seperti saya dan mana mana orang perseorangan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai 'Radio Amatur '

    ReplyDelete
  2. Kita pun bersetuju sangat-sangat cadangan tu... InsyaAllah akan kita laksanakan. Walau bagaimanapun, perlukan sokongan dan bantuan rakan-rakan HAM sekalian yang menyokong langkah murni ini......

    9w2jsj

    ReplyDelete
  3. satu idea yang cukup menarik dan bakal menambah kemajuan kepada radio amatur malaysia..

    9W2REJ

    ReplyDelete